Home Berita PAS Pahang

Nasihat dan peringatan iringi Kejohanan Catur Piala ADN Chenor

96
SHARE

Oleh: RAMLI AWANG

CHENOR, 16 Sept. :: “Nikmat keamanan dan perpaduan perlu kita syukuri dan pertahankan agar bumi Malaysia yang tercinta terus harmoni dan kita dapat hidup dengan aman dengan melakukan pelbagai aktiviti.

“Bermainlah dengan niat untuk menguatkan minda. Kekuatan minda sangat penting di dalam kita bersiap sedia untuk mengharungi cabaran hidup ini.

“Dalam keasyikan kita bermain janganlah sampai melalaikan. Ingatlah tujuan Allah menciptakan kita iaitu untuk mengabdikan diri kepada-Nya dengan memakmurkan dunia ini menurut halatuju dan acuan Allah SWT.“ demikian ucap Ahli Dewan Negeri (ADN) Chenor YB Ustaz Mujibur Rahman Ishak ketika merasmikan Kejohanan Catur Merdeka 2021 Online (Atas Talian) Piala ADN Chenor sempena Hari Malaysia 16 September 2021.

Ketika dihubungi Ustaz Mujibur Rahman berkata kita patut rasa bersyukur kerana kita ada tanah air sebagai warisan yang patut dijaga.

“Ketika Bani Israel dijadikan hamba oleh Firaun, Allah SWT mengutus Nabi Musa AS untuk membebaskan Bani Israel dari menjadi hamba kepada Firaun. Semoga warisan ini dapat dinikmati oleh anak cucu kita nanti.” tambahnya lagi.

Kejohanan Catur Online Tertutup Daerah Maran adalah anjuran Pusat Khidmat ADN Chenor bersama Komuniti Catur Chenor menggunakan aplikasi Tornelo dan Zoom.

Kejohanan yang dianjurkan sehari itu telah bermula jam 10 pagi tadi disertai oleh seramai 63 orang peserta.