Home Berita PAS Pahang

Naqibat berjaya perkasakan diri dengan ilmu

65
SHARE

 

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 15 Ogos : Naqibat Indera Mahkota diperkasakan dengan  sentiasa menimba ilmu pengetahuan untuk menjadi naqibat yang berjaya.

“Orang yang tidak memiliki sesuatu, tidak akan dapat memberi sesuatu,” kata Pengerusi Lajnah Dakwah  Dewan Muslimat PAS (DMP) Negeri Pahang Ustazah Rosmani Mustafa dalam Program Tamrin Pemerkasaan Naqibat DMP Kawasan Indera Mahkota yang diadakan di Balok di sini baru-baru ini.

“Bila disebut usrah, kita nak melahirkan ahli yang berilmu dengan al-Quran dan al-Sunnah, berpengetahuan dalam satu aliran dan satu kefahaman yang telah disusun dalam tarbiah PAS.

“Usrah yang telah terbentuk bukan sekadar berjalan tetapi perlu mencapai matlamat usrah yang sebenar iaitu melahirkan generasi tarbawi  daripada pembinaan usrah tersebut,” ujar beliau sebagai pembentang dalam program tersebut yang juga sebagai Naqibat Teras DMP Negeri Pahang.

Justeru itu naqibat yang telah ditarbiah dapat memahami dan menghayati untuk melaksanakan usrah dengan cara yang terbaik.

Sementara itu Pengarah Program Ustazah Hamidah Daud berkata tamrin tersebut diadakan bagi memperkasakan usrah sebanyak 40  kumpulan yang telah dibentuk dari peringkat cawangan sehingga ke peringkat pimpinan DMP Kawasan Indera Mahkota.

Beliau yang juga sebagai Ketua Lajnah Tarbiah dan Perkaderan DMP Kawasan Indera Mahkota memerangkap Timbalan Ketua DMP Negeri Pahang mengharapkan agar tamrin yang diadakan itu  dapat memupuk semangat, menyuntik  roh pengorbanan, beriltizam serta semangat  jihad yang tinggi dari kalangan para naqibat.

“Dalam agama kita disuruh banyak berkorban. Kita lihat di zaman sahabat, tabiin, tabi tabiin, mereka bukan sahaja berkorban masa, harta tetapi juga jiwa dan raga.  Kita tidak sampai ke tahap jiwa dan raga kerana kesibukan kita mengurus kehidupan harian terutama kepada yang bekerjaya,” katanya lagi.

Seramai 34 orang naqibat yang hadir telah disusun bagi memantapkan lagi perjalanan usrah yang juga melibatkan guru-guru PASTI di seluruh Parlimen Indera Mahkota.