Home Artikel PAS Selangor

Nanyang Siang Pau | BIADAP

571
SHARE


Media Memainkan Peranan Membentuk Blok Bangsa dan Sentimen?

Ahmad Hakimi Othman
Pengarah Penerangan
Dewan Pemuda PAS Selangor
13 Rejab 1348H | 10 April 2017

Tindakan Surat Khabar Nanyang melakukan provokasi karikatur yang menghina Presiden PAS dan Parlimen Malaysia dengan wayang monyet boleh dilihat juga sebagai tindakan pembentukan minda rakyat dengan peranan media massa. Maka ada baik untuk kita melihat tindakan kurang ajar ini bukan sekadar kebetulan juga, malah amat berkemungkinan suatu yang diskripkan bagi membentuk minda rakyat atau blok dalam Malaysia.

Seebelum ini, akhbar akhbar Melayu memainkan suara positif yang amat selesa diterima oleh kebanyakan pembaca Melayu. Manakala untuk medium Inggeris seperti Malaymail atau the Sun atau The STAR, memainkan sentimen liberalisasi , Islamphobia atau menjulang kesekuleran yang perlu dikekal dalam perlembagaan Malaysia.

Maka, Media yang hampir semuanya dikuasai oleh pemain pemain Politik dalam Koaliasi BN memainkan peranan untuk audien masing masing. Sebagai penggerak Politik ISLAM dan pemerhati politik negara yang kita sayangi ini. Kita perlu juga memahami plan Divide and Rule bagi tangan tangan di belakang yang akan sentiasa mengambil kesempatan atas momentum yang ada untuk menguntungkan mereka.

Namun, bila kita memahami situasi yang disebutkan di atas. Sekurang kurangnya kita mampu merancang langkah untuk membawa ISLAM dan mesej Islam dengan tidak masuk perangkap dan diambil keuntungan oleh pemain pemain politik yang tidak kenal Halal dan Haram.

Tindakan Nyanyang adalah bentuk provokasi yang salah dan perlu dikutuk. Namun, perlu difahami tujuan Nyanyang tak lain dan tak bukan cuba membentuk minda pembaca baca suratkhabar berbahasa Cina.

Awasi Divide and Rule dan Bertindak Bijak menolak Politik Jahat.