Home Rencana PAS Selangor

Nakhoda ini masih perlu memimpin kami – Pengarah JAMN Selangor

91
SHARE

May be an image of ‎3 people and ‎text that says "‎JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI SELANGOR JABATANAMAL ٧٤ سنه YB DATO SERI TUAN SanahHelunh GURU ABDUL HADI AWANG PRESIDEN PAS 20 OKTOBER 1947- 20 OKTOBER 2021 JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI SELANGOR AKAN TERUS MEMPERTAHANKAN TGHH UNTUK TERUS MEMIMPIN UMMAH. SEMOGA TGHH TERUS SIHAT DAN DIBERI KEKUATAN. الله بركت على سيرو İ#DEMI ISLAM BANGKIT Y4G Youth4Green f JABATAN AMAL MALA SIA NEGERI SELANGOR‎"‎‎

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Abdul Hadi Awang, satu nama besar bukan sahaja dikenali di dalam negara, negara Asia dan gerakan Islam dunia, malah kini kawan mahupun musuh Islam seluruh dunia sedang memerhatikan rapat perkembangan beliau mutakhir ini.

Beliau kini dilihat menjadi Presiden Parti Politik paling berjaya dalam sejarah PAS kerana mampu mengemudi Bahtera Parti Islam Se-Malaysia ini dengan baik dan cemerlang sehingga ke hari ini.

Kita perlu akui ketika zaman kepimpinan beliau inilah, PAS telah menang 2 Negeri secara solo dalam PRU lepas, dan PAS ketika ini sudah ada 3 Menteri Besar yang mentadbir Negeri Kelantan, merampas kembali Terengganu dan Kedah malah PAS menjadi sebahagian daripada Kerajaan pusat yang sudah mempunyai 3 Menteri, malah memegang Portfolio penting Hal Ehwal Agama Islam.

Gagasan politik Matang dan Sejahtera yang dibawa oleh beliau telah meletakkan Islam Memimpin dan Memperkukuh penyatuan Ummah dalam Gagasan Sejahtera sehingga terbentuknya Muafakat Nasional bersama UMNO yang perlu diperkukuhkan dan kemudian menyertai Perikatan Nasional bersama PBBM, Gerakan dan parti komponen lain yang perlu dipertahankan.

Dalam kepimpinan pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Shukri Omar @ USO atau lebih dikenali sebagai Singa Selangor adalah orang paling lantang mempertahankan Tuan Guru Presiden daripada segala bentuk ancaman luar dan dalam negara, dan Suara beliau sangat keras jika ada usaha ingin menjatuhkan Presiden PAS.

Hatta jika Tuan Guru Presiden datang ke Majlis kami di Negeri Selangor, maka beliaulah adalah pemimpin yang akan mengarahkan kami anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor agar menjadi perisai dan pelindung keselamatan Tuan Guru Presiden sepanjang program Tuan Guru di Selangor.

Begitulah kasih dan hormatnya beliau terhadap pemimpin ummah ini sehingga mengajar kami anggota Jabatan Amal untuk kasih dan menyayangi insan anugerah Allah untuk Jemaah Islam ini bernama Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini yang perlu kami semua pertahankan.

Sannah Helwah buat Murobbi Ummah kami Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang ke 74, semoga Allah berikan kesihatan dan kekuatan untuk terus memimpin dan membimbing kami, menjadi Guru Tauladan buat para pejuang Islam seluruh dunia.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor