Home Berita PAS Selangor

Nakbah Palestin : Sorotan Ibrah Buat Amilin Perjuangan Islam – Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

103
SHARE

May be an image of 2 people and text

Oleh : Us Syarhan Humaizi Halim

Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor

1. Hari Nakbah Palestin yang lekat diingati pada setiap 15 Mei adalah bagi memperingati sejarah peristiwa hitam yang melanda “sya’ab Palestin” atau rakyat Palestin pada tahun 1948. Nakbah atau malapetaka diberi nama sebagai satu “sentapan” berterusan dalam jiwa rakyat Palestin dan seluruh dunia umat Islam. Tujuannya agar setiap generasi sepanjang zaman mengingati detik bencana pencerobohan dengan penubuhan negara haram Israel oleh pihak zionis antarabangsa laknatullah pada 15 Mei 1948.

2. Perancangan zionis yang rapi untuk merampas tanah Palestin bukan melalui tempoh masa yang singkat. Sejarahnya terakam gerak kerja jahat mereka seawal 50 tahun sebelum peristiwa Nakbah. Tahun 1897 lagi cetusan idea negara Yahudi ini diilhamkan oleh pelopor Pertubuhan Zionis Antarabangsa iaitu Theodor Herzl warganegara Hungary. Pelbagai perancangan dibuat dari cubaan membeli bumi Palestin sehingga sampai ke satu tahap menawarkan rasuah dan habuan yang tinggi kepada Sultan Abdul Hamid II Khilafah Othmaniyah tetapi ditolak keras oleh Khalifah Islam pada ketika itu.

3. Namun, sikap degil dan jahat mereka tidak terhenti setakat itu. Pihak Zionis menggunakan apa sahaja ruang yang ada, asalkan Yahudi punyai tanah negara bangsa mereka sendiri dari terus merempat menumpang di negara-negara asing. Antara usaha licik mereka yang menatijahkan kewujudan negara haram itu adalah :

i. Zionis menggunakan pengaruh Kerajaan British pada ketika itu bagi menghalalkan perancangan mereka. Deklarasi Balfour Kerajaan British melalui Setiausaha Luarnya Arthur James Balfour mengangkat idea ini dan menyokong perancangan merampas tanah Palestin dari Umat Islam dan mengisytiharkan sokongan terhadap penubuhan negara haram Israel.

ii. Zionis menghimpunkan bangsa Yahudi. Kemuncaknya apabila mereka berjaya memindahkan ratusan ribu bangsa Yahudi dari Eropah ke Palestin. Mereka berusaha menguasai 2 pertiga “tanah suci” umat Islam itu dan akhirnya mencapai target. Zionis Yahudi menjarah setiap inci bumi Palestin sehingga menjadikan rakyat Palestin sebagai pengemis dibumi sendiri dan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian.

4. Justeru, memperingati Nakbah Palestin ini bukan untuk diraikan. Apatah lagi bukan untuk halwa bacaan semata. Namun lebih dari itu untuk diambil ibrah. Guna memahami bagaimana musuh Islam begitu bersungguh untuk menghapuskan Islam. Bersabar menyusun strategi walau melangkau puluhan tahun bagi melenyapkan apa sahaja yang berkait dengan Islam. Tanah dan bumi Palestin yang menjadi pengetahuan dunia dan wujud dalam peta dunia sejak berzaman, boleh dirampas sebegitu rupa. Inikan pula jika jatidiri Islam, identiti muslim, syariah perundangan Islam dijarah dengan pendekatan yang lebih halus pada hari ini.

5. Waspada dan memahamilah perancangan musuh Islam. Kaedahnya dengan kekal istiqamah dengan jamaah dan pimpinan Islam. Mudahan Allah jadikan kita sebagai “hawariyun” dan “ansorullah” yang Allah tetapkan akan ada sepanjang zaman demi membela agama-Nya. Wallahu’alam

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor