Home Artikel PAS Perak

Naib Presiden PAS Luang Masa Ziarah Pesakit

108 views
SHARE

Oleh : Intan Jahrahwassir

05 Jun 2018, Ipoh :  Ustaz Idris B Hj Ahmad mengisi masa beliau menziarah  Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Ustaz Wan Ahmad Tarmizi dan beberapa orang pesakit di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Beliau turut mengucapkan syukur berikutan khabar baik Ustaz Wan sudah menunjukkan tindakbalas positif walau pun belum sedarkan diri sepenuhnya. Ustaz Idris memberikan kata semangat kepada ahli keluarga dan sahabat yang turut hadir untuk melawat.

Ustaz Idris Ahmad juga sempat menziarahi beberapa orang pesakit lain, yang sudah beberapa hari menerima rawatan daripada pihak HRPB.

Turut mengiringi beliau, Ustaz Mustafa B Abdul Wahab, Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas Negeri (JPrN) Perak