Home Berita PAS Terengganu

Nahas Pelajar UPSI: Jenazah Wan Nur Suhaila selamat dikebumikan

11
SHARE

SETIU – Allahyarhamah Wan Nur Suhaila Wan Muhammad, 22, salah seorang mangsa nahas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Amer, tepat jam 12.00 malam.

Terdahulu, jenazah tiba dari Hospital Gerik pada jam 10.51 malam menaiki van jenazah UPSI dan dibawa ke terus rumahnya yang terletak di Kampung Amer, Kota Putera untuk tatapan terakhir ahli keluarganya.

Hadir sama di rumah keluarganya ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman dan ADUN Rantau Abang yang juga merupakan bapa angkat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) UPSI, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli.

Allahyarhamah kemudian dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin Kg Amer pada jam 11.13 malam dan disolatkan kira-kira 500 jemaah yang hadir.

Salam pada itu, Jenazah Allahyarham Muhammad Adib Hazim Halim tiba di Masjid Hadhari Jerteh pada 10.45 malam.

Beliau kemudian dibawa pulang ke Kampung Pasir Badak, Hulu Besut selepas disolatkan.