SETIU – Seramai 13 jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik tiba di Masjid Hadhari Jerteh, untuk urusan solat jenazah pada jam 2.55 pagi.
Proses penyusunan jenazah dikelolakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman dalam dewan seminar masjid.
Seterusnya, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi mengetuai solat jenazah dengan kehadiran lebih 3,000 jemaah.
Urusan solat jenazah selesai pada jam 3.20 pagi.
Jenazah kemudian dihantar ke kampung masing-masing untuk dikebumikan.