Ada orang PAN di Selangor nak kembali ke PAS, kita alu-alukan. Rupanya baru nak melangkah gegak gempita sarang tebuan hingga berasak menghalang-halang laluan.
PAS seinci pun tidak rugi kerana kini kita tahu rupanya ahli-ahli mereka sudah mula gundah-gulana tidak lagi selesa dengan parti dan pimpinan mereka yang semakin terserlah bergantung nyawa pada DAP itu.
Trend ini kita yakin akan berterusan. Mungkin hari ini bolehlah disekat-sekat tapi apabila gelora dah memuncak nanti akan ranap dan roboh jua mahligai sendeng yang menanti hari mahu roboh itu.
Sementara itu perpaduan dan muafakat Melayu Islam yang dipelopori PAS dan Umno terus diperkasakan.
Sebentar tadi jalinan ukhuwah kepimpinan dua parti keramat ini terus dieratkan, bersembang santai dengan Ketua Umno Bahagian Selayang Datuk Abd Shukur Idrus dan YDP PAS Selayang Hj Zaidy Abdul Talib.
Rakyat jelata dahagakan langkah ke arah perpaduan ummah, tiada kuasa mampu menghalang lonjakkan kembali kekuatan politik anak bangsa ini InsyaAllah. Rugilah siapa yang ketinggalan.
Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
29 Zulhijjah 1441H | 19 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan