Home Berita PAS Selangor

Nadi Selangor by Roslan SMS – Kerajaan Selangor Gagal Urus Tebatan Banjir?

1031
SHARE

Belanjawan 2020 untuk Negeri Selangor adalah sebanyak RM2.33 bilion iaitu antara belanjawan terbesar dalam Negara dan 48.56% atau RM1.133 bilion diperuntukkan untuk belanja pembangunan. Berapa banyak peruntukan yang dibelanjakan untuk program tebatan banjir, tidak ada? Atau jika ada mengapa ia masih berulang dan menjejaskan kehidupan rakyat?

Kerajaan Negeri khasnya Menteri Besar dan EXCO yang berkaitan bertanggungjawab ke atas rakyat Negeri Selangor khususnya mereka yang terjejas akibat banjir ini. Jangan duduk senang-lenang di pejabat masing-masing tetapi turunlah ke lapangan dan pastikan program yang berkesan segera diperkenalkan. Jangan lagi menyusahkan rakyat akibat kegagalan masing-masing menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan