Home Artikel PAS Selangor

Nadi Selangor by Roslan SMS – Kemenangan Slim Isyarat PH Bakal Runtuh Di Selangor.?

429
SHARE

Kemenangan besar calon BN yang didukung Muafakat Nasional di PRK Slim adalah sesuatu yang luar biasa.

Jika dalam PRU 2018 lalu BN menang bersendirian di DUN ini dengan kelebihan majoriti 2183 undi kali ini dengan jentera kukuh MN yang menggabungkan PAS dan Umno BN menang dengan majoroti beaar 10495 undi.

BN sapu bersih kesemua 13 PDM termasuk yang dikuasai masyarakat bukan Melayu yang sebelum ini dimenangi PH.

Jila trend ini berterusan bermula di PRK Cameron Highlands kemudiannya beberapa PRK lain hingga ke DUN Chini terakhir di Slim tidak mustahil MN bakal menjadi kumpulan politik paling dominan dalam negara di masa depan.

Rakyat mahukan politik perpaduan ummah yang lebih meyakinkan dan memiliki kekuatan membela nasib mereka.

Selangor sesungguhnya punya lanskap politik yang hampir sama dengan kesemua kawasan PRK yang dimaksudkan terakhir di Slim.

Ini bermakna kiranya jentera MN dikerah dan digerakkan bersunhguh sebagaimana semasa siri-siri PRK itu, tidak mustahil Negeri Selangor juga bakal jatuh ke tangan MN.

Jentera PAS dan Umno Selangor perlu terus diperkasakan. Kiranya rundingan kerjasama menghadapi PRU ke 15 berjalan lancar, perpaduan dipelihara, tolak ansur dijunjung tidak mustahil MN dan Perikatan Nasional bakal terbit sebagai kerajaan baru di Selangor pasca PRU15 nanti.

Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

11 Muharram 1442H | 30 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor