DUNGUN – Muslimat Terengganu tidak duduk diam dan sentiasa berusaha membantu meringankan beban mangsa banjir dalam pelbagai cara.
Naib Ketuanya, Zuraida Md Noor berkata mangsa banjir di Terengganu mencecah 40,000 orang, hanya dua DUN sahaja yang tidak terlibat iaitu DUN Batu Buruk dan DUN Ladang daripada 32 DUN ,
“Kita, Muslimat mana mungkin duduk saje, di saat rakyat berhadapan situasi banjir yang bukan sahaja memusnahan harta benda malah kehilangan nyawa,
“fasa pertama ke Kampung Bukit Apit menemui keluarga mangsa runtuhan bukit dan mengedarkan 400 pek makanan di Pengkalan Ajal, Ajil,
“bila hujan reda kita mula bersih rumah, kita bersih di Hulu Besut, Kampung La, dengan lumpur yang tebal kita hanya mampu bersih beberapa buah rumah je,
“di sini kita adakan dapur rakyat, kita memasak dan menghantar ke rumah rumah, kita bahagi – bahagikan makanan untuk 700 orang.,
“Kita juga ke Kuala Nerus, 1500 rumah taman perumahan terlibat banjir, jadi tenaga sukarelawan kita seramai 40 orang, dapat bersih banyak rumah, kerana rumah teres, lebih mudah untuk dibersihkan, ” ujarnya.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial, Muslimat Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas Misi Bantuan Banjir Terengganu di Dewan PASTI Bijangga di sini pada Khamis, 12 November.
Seramai 50 orang penerima daripada empat DUN di kawasan Dungun yang terdiri daripada Muslimat dan Ameerah.
Misi anjuran Dewan Muslimat PAS Terengganu turut dihadiri Setiausahanya, Rahimah Muda, Ketua Ameerah Terengganu, Ustazah Asma Abdullah dan Ketua Muslimat Dungun, Khairiah Mokti.
Beliau yang juga Ketua Muslimat Kuala Terengganu seterusnya berkata fasa ketiga, fasa bantuan, iaitu menyumbang barangan dapur dan wang tunai di Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman.
“Sumbangan ini untuk jentera kita, petugas kita, orang kita dan Ahli Jawatankuasa kita, yang melibatkan 170 keluarga, termasuk sekali yang kita ziarah,
” fasa keempat kita akan ke Kelantan, iaitu Rantau Panjang dan Tumpat untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di sana,” katanya.