Home Artikel PAS Terengganu

Muslimat Terengganu Positif Keputusan Dewan Rakyat

160
SHARE

MUSLIMAT TERENGGANU POSITIF KEPUTUSAN DEWAN RAKYAT

Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun oleh Dewan Rakyat disambut positif oleh Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu. Tahniah di atas kejayaan persidangan Dewan Rakyat yang meluluskan dengan undian seramai 211 ahli Dewan Rakyat tanpa ada bangkangan.

RUU yang turut meluluskan pendaftaran automatik pemilih yang telah berumur 18 tahun oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ini menjadi suatu sejarah besar buat rakyat Malaysia.

Tidak dinafikan, kerajaan Malaysia bakal berdepan dengan pelbagai cabaran untuk memastikan pindaan RUU ini berhasil dan memberikan manfaat buat rakyat dan negara.

Muslimat Terengganu melihat keputusan Dewan Rakyat meluluskan pindaan RUU ini sebagai suatu perkara positif dan merupakan transformasi bagi menjadikan rakyat Malaysia lebih matang dan berpandangan jauh, dengan idea-idea yang bernas dan semangat yang berkobar-kobar jika semua pihak bertanggungjawab memainkan peranan dengan ikhlas dan kaedah yang betul dalam mempersiapkan generasi muda ini.

Dewan Muslimat PAS Terengganu bersiap siaga menyahut seruan Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS, yang menegas dan menekankan tanggungjawab bekerja luarbiasa untuk memberi kesedaran berpolitik di kalangan anak muda dan memastikan seluruh rakyat yang layak mengundi keluar mengundi.

Dengan memberikan pendidikan politik pada usia seawal 18 tahun, diharapkan pembinaan generasi yang bakal mewarisi kepimpinan akan datang, bergerak seiring dengan kemajuan sedia ada mengikut lunas-lunas Islam untuk mencapai cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, berkat dan sejahtera.

Saya menyeru kepada seluruh muslimat Terengganu khasnya AMEERAH Terengganu untuk menyiapkan pelan tindakan dan gerakerja yang terancang dan tersusun dalam menyantuni dan mendampingi anak-anak muda kita dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab bersama untuk mempastikan
kehidupan rakyat dan negara ini mendapat rahmat dan diberkati Allah. Firman Allah di dalam surah al- A’raaf ayat 96;
ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوالفتحناعليهم بركات من السماءوالأرض ولكن كذبوا فأخذناهم بماكانوايكسبون

Yang bermaksud:
Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu kurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

Hajah Zarani Othman
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu(DMPNT)
18. Julai 2019

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”
“Islam Memimpin Perpaduan”

#Islamrahmatuntuksemua
#Majubersamaislam
#muslimatameerahpasterengganu
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2307093679397834&id=119693828137841