Home Berita PAS Perak

Muslimat teguh pertahankan Islam

32
SHARE

Oleh: Azilah Nuh

TELUK INTAN, 2 Mei : Dewan Muslimat Teluk Intan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bertempat di Dewan Wak Johar, Kompleks PAS Teluk Intan (KOMPASTI) semalam.

Mesyuarat Agung Muslimat kali ke 35 yang bermula pada jam 8.30 pagi begitu meriah dengan kehadiran para pemerhati dan perwakilan daripada 13 cawangan.

“Penglibatan Muslimat sering menjadi tumpuan serta dikagumi malah sanggup mengenepikan penat lelah (tambahan) pula turut membantu kempen merayu undi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Air Kuning,” kata Mohd Azhar Mohd Rafiei, Yang DiPertua PAS Teluk Intan ketika merasmikan mesyuarat pagi tersebut.

Katanya lagi, pemilihan Jawatan kuasa pada tahun ini merupakan taklifan amanah bukan tasyrifan kemegahan yang disalah gunakan.

Ketika sesi ucap utama, Ketua Muslimat, Robi’aton Mohd Abas telah menyenaraikan 7 perkara sebagai pengarahan kepada Muslimat yang hadir antaranya, memperkemas jawatan kuasa Muslimat serta berusaha melapangkan masa mengikuti program tarbiah bulanan seperti usrah dan liqa’ fikri.

Aktiviti kemasyarakatan perlu dipergiatkan agar komuniti setempat tahu keberadaan kita sekaligus merapatkan ukhwah tanpa mengira bangsa.
Turut hadir, Timbalan Ketua Muslimat, Hamisah Abas , Setiausaha Muslimat, Saadah Abas serta ahli jawatankuasa yang lain.