Oleh : ANNA TAN
15.5.2020
TAWAU : Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau melalui lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan ( LKK DMPK Tawau) memberi sumbangan kepada ‘ frontliners’ di Klinik Kesihatan Kabota (KK Kabota) di sini , kelmarin.
Sumbangan berupa keperluan jururawat wanita iaitu ‘ inner’ tudung dan makanan serta minuman ringan untuk para petugas kesihatan berbuka.
Ia telah disampaikan oleh Isteri Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau, Ustazah Mulyani Jam Jam.
Manakala matron Justina dan Doktor Hayati menerima sumbangan tersebut mewakili pihak KK Kabota.
Matron Justina mengucapkan terima kasih bagi pihak ‘frontliner’ KK Kabota atas sumbangan tersebut.
Pengerusi LKK Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau, Siti Arfah Asrisal menyatakan beliau amat bersyukur kerana dapat menyampaikan sumbangan tersebut .
” Hasil sumbangan kalianlah program ini dapat dijalan .
” Semoga para penyumbang dilimpahi rezeki yang banyak.
” Alhamdulillah ,hasil sumbangan kalian program ini dapat di laksanakan” katanya.
Turut hadir dalam program tersebut adalah Ahli Jawatankuasa LKK , Fatimah Mahmud.