24 Ogos 2019 | Sabtu | Puchong Indah
Program gotong royong membersihkan rumah Puan Hasnah seorang OKU (kaki sebelah telah dipotong) telah dilaksanankan bermula jam 7.30 pagi ini. Program ini adakah kesinambungan dari program Ziarah Kasih Dewan Muslimat PAS Subang pada bulan Julai lalu.
Aktiviti kebajikan gotong-royong ini disusun atur oleh Puan Noraini Sulaiman selalu Ketua Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Subang (LKK DMPK). Penglibatan bersama dari Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Subang, Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang, Jabatan Amal Subang, Cawangan Jln Indah Seksyen 3 serta muslimin dan muslimat dari cawangan-cawangan berhampiran, menjadi tunggak bersama dalam misi membersihkan rumah Puan Hasnah.
Ketua Muslimat PAS Subang Puan Nor Zarina Mohd Azhar sempat bertemu dengan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Subang Tuan Haji Nasir, bersama dengan petugas gotong-royong sebelum beredar ke program yang lain.
Misi gotong-royong untuk menyediakan persekitaran rumah yang bersih serta sesuai dengan keupayaan Pn.Hasnah ini telah berjaya menarik masyarakat sekitar turut sama beramal membantu.
Dewan Muslimat PAS Subang komited dalam usaha-usaha kebajikan dan kemasyarakatan terutama kepada kaum ibu/wanita yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan sokongan. Semoga usaha dakwah dan kebajikan ini akan terus dilaksanakan pada masa-masa hadapan.