Home Berita PAS Perak

Muslimat santuni kanak-kanak penghidap Leukimia

55
SHARE

Oleh : Siti Aseelah Mohd Noor

Teluk Intan , 4 Januari : Seorang kanak-kanak lelaki yang menghidap penyakit Leukimia sejak beberapa bulan yang lalu mendapat perhatian Dewan Muslimat Pas Kawasan Teluk Intan .

Adik Muhammad Arash Helmi Muhammad Fadzli,3 tahun merupakan anak ketiga daripada 4 beradik disahkan menghidap penyakit ini dan mendapat rawatan di Hospital Ipoh, Perak.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Muslimat PAS Teluk Intan, Robainah Ismail bersama pasukannya telah menziarahi kanak-kanak berkenaan di Jalan Mak Intan, semalam.

Menurut ibunya,Nurul Aida Zamri,33 tahun, anaknya seorang yang periang dan tiada mengalami sebarang masalah kesihatan sehinggalah diuji jatuh sakit sejak bulan Jun tahun lalu.

Semenjak itu, dia dan suami sering berulang- alik ke Ipoh bagi mendapatkan rawatan susulan di sana.
Pendapatan suami yang bekerja sebagai penjual ayam di Pasar terjejas dan akhirnya terpaksa berhenti kerja kerana menguruskan rawatan anaknya.

“Sedih rasa hati bila melihat kanak-kanak yang masih kecil terpaksa disaluti dengan wayar dan tiub di bahagian badannya.” Kata Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan,Rostam Malek ketika menyerahkan sumbangan barang keperluan harian dan wang tunai kepada keluarga berkenaan.

Turut hadir, Ahli Majlis Perbandaran Teluk Intan, Hamisah Abas, Pengerusi Pertubuhan Wanita Prihatin Teluk Intan (PERWATIN), Saadah Abas dan ahli jawatankuasa yang lain.