Home Berita PAS Sabah

Muslimat perlu kental hati terima ketetapan pimpinan

116
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
30 Januari 2023

SANDAKAN: Muslimat perlu kental hati dan menerima segala ketetapan yang telah dibawa oleh pimpinan utama PAS.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Sabah, Dr. Nafsah Dulajis, sebagai ahli, kita tidak perlu pertikai apa sahaja keputusan atau arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan.

“Sebaliknya kita perlu menyambut setiap arahan itu dengan sebaiknya,” tegasnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT), Dewan Muslimat PAS Sandakan (DMPKS), semalam.

MAT DMPKS tahun ini telah membawa tema ‘Istiqamah Perkukuh Dakwah dan Rakan Sepakat’ yang diadakan di Pejabat PAS Sandakan.

Ketua dewannya, Ummu Syifa Tasman berkata, tema ini diangkat bertujuan untuk menggembalikan semangat juang muslimah di medan dakwah ini tanpa menoleh kebelakang.

“Hadapkanlah komitmen dan istiqamah kita kepada jalan yang telah dipandukan oleh Allah dan baginda Rasulullah SAW,” katanya ketika ditemui pemberita.

Turut diadakan pemberian anugerah kepada Dewan Muslimat PAS cawangan Sandakan sebagai menghargai pengorbanan mereka yang istiqamah berkhidmat di dalam parti.

Selain itu, sesi pemilihan jawatankuasa baru bagi dewan itu turut diadakan dengan menetapkan jawatan Ketua Muslimat, Timbalan dan Naib Ketua Muslimat dikekalkan untuk sesi 2023/2025.

Turut bersama dalam mesyuarat agung itu ialah, wakil pemantau Dewan Muslimat PAS Negeri, Norliah Omar.