Home Berita PAS Perlis

Muslimat Perlis Bukti Kemampuan Daki Puncak Bukit Laka

967
SHARE

ARAU : Puncak Bukit Laka @ Tok Dun telah berjaya didaki oleh para peserta muslimat daripada Lajnah Kebudayaan dan Kesenian dan Lajnah Alam Sekitar Dewan Muslimat Pas Negeri Perlis pada 12 Ogos yang lalu. 

Seawal jam 7.00 pagi, mereka telah memulakan pendakian menuju puncak bukit yang terletak di sempadan negeri Perlis dan Kedah itu. Pendakian tersebut mengambil masa selama 1 jam 30 minit.

Program pendakian ini merupakan sebahagian daripada aktiviti luar yang telah disusun bertujuan menggalakkan para muslimat beriadah di samping memantapkan lagi semangat berpasukan sesama anggota DMPNPs. Selain itu, program ini turut dibuka kepada para muslimat yang meminati sukan lasak.

{jathumbnail off}