Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS ziarah prihatin keluarga berkeperluan

26
SHARE

Oleh: Mimi Hazwa H.M.S
22 November 2024

KENINGAU: Ujian hidup tanda kasih sayang Allah untuk Hamba-Nya .Ada yang diuji dengan kesusahan dan kekurangan,ada yang diuji dengan kesakitan berupa penyakit.

Biro kebajikan dan keprihatinan Sosial (BKKS) Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah dengan Kerjasama Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial serta dibantu Biro Penerangan Dewan Muslimat PAS kawasan Keningau telah turun bersama dalam ziarah Prihatin untuk menyantuni dua keluarga terlibat yang sedang diuji di Kampung Ambual Sook dan Kampung Magatang Daerah Keningau.

Keluarga pertama yang disantuni seorang ibu mualaf, Nurhayati Abdullah yang diuji dengan kesusahan dan kekurangan yang memerlukan bantuan kewangan dan tenaga kerja untuk kos pembinaan rumah, penyambungan elektrik dan air yang akan didiami oleh ibu lima beranak berkenaan.

Manakala keluarga kedua yang disantuni seterusnya, Zurina Abu Bakar merupakan seorang ibu yang mengalami strok hampir 3 tahun yang terlantar di katil dengan dibantu suami dan anak-anak seramai lima orang dengan tiga orang darinya masih bersekolah, seorang anak kecil berusia 3 tahun dan anak perempuan sulung yang telah berumahtangga tapi tetap tinggal bersama ibu bapa serumah kerana membantu merawat ibunya yang diuji strok seluruh badan.

Dalam ziarah Prihatin ini beberapa sumbangan telah diserahkan berupa beras 10 kilo, barangan dapur,lampin pakai buang dewasa dan duit sumbangan bagi meringankan beban keluarga tersebut.

Mengetuai ziarah prihatin kali ini ialah ketua Biro Kebajikan dan keprihatinan Sosial Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Nor Azian Sapiai, wakil Biro kebajikan dan keprihatinan Sosial Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau, Siti Aishah Jainis dan wakil Biro Penerangan dan Media Baru Muslimat PAS Kawasan Keningau, Intan Liyana Samuin.Turut hadir sama beberapa Ahli Jawatankuasa Muslimat seramai 4 orang.

Diharapkan dua keluarga tersebut sabar dan kuat dengan ujian yang diberikan dan akan lebih banyak bantuan dan keperluan khusus dapat dikumpul dan dihulurkan bagi mengurangkan sedikit ujian yang ditanggung keluarga tersebut ketika ini.