Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS ziarah pesakit strok

47
SHARE

Oleh: Fadilah Nordin
12 Julai 2021

KOTA KINABALU. Muslimat PAS melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah telah menyantuni seorang warga emas bertempat di Kampung Batu Putih, Batu 7 Sandakan, Sabtu baru-baru ini.

Pesakit yang bernama Kasdan Sajiran (76 tahun) menghidap penyakit strok sejak 3 tahun yang lalu dan hanya dapat diberikan susu Ensure sebagai sumber makanan.

Muslimat PAS prihatin dengan keadaan pesakit dan keluarganya turun menyampaikan sebuah katil, tilam, barangan dapur, 5 tin susu Ensure, 10 pek lampin pakai buang dan sedikit wang ringgit sebagai tambahan belanja.

“Berbanyak terima kasih kepada muslimat PAS dan PAS Kawasan Libaran yang sudi menziarahi dan memberikan sumbangan kepada kami. Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami sekeluarga,” ucap Rosmi anak kepada Kasdan.

Hadir dalam program ziarah tersebut Nur Izzati Yusof, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Nur Khadijah Ghazali, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Libaran, Noorfarhanaliana Abidin, Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Libaran, Mohd Husin Rahim, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Libaran, berserta beberapa orang AJK PAS Kawasan Libaran.