Home Berita PAS Selangor

Muslimat PAS Simpang 3 santuni masyarakat dengan juadah – Muslimat PAS Gombak

91
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | “Bukan saja nampak sedap sebenarnya, tapi dimasak dengan penuh kasih sayang” itulah pandangan orang terhadap aktiviti kebajikan Muslimat PAS Simpang 3 ini. Yang lebih istimewa, semua makanan tersebut bukan untuk dijual, tetapi untuk diagih-agihkan kepada mereka yang sedang dikuarantin dan juga anak-anak yatim.

Pada masa ramai yang berkurung kerana PKP 3.0 buntu tak tau nak buat apa, itulah yang dilakukan oleh Muslimat PAS Simpang 3 di Gombak Setia pada hari jumaat lepas, 50 pek nasi minyak dan rendang ayam yang lazat siap dimasak, dibungkus, dan terus diagihkan kepada mereka yang memerlukan tersebut.

Inilah rutin Muslimat PAS Simpang 3 pada setiap hari Jumaat. Menunya mungkin bertukar setiap kali, tetapi keprihatinan dan ukhuwah persaudaraan yang dipraktikkan tetap sama.

Semoga Allah SWT terima segala amalan mereka dan juga semoga Allah mempermudahkan semua yang sedang diuji dan semua yang membantu mereka.

“Teruskanlah keprihatinan, teruskanlah membantu”

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor