Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS santuni masyarakat awam

59
SHARE

Oleh : Fadilah Nordin
5 September 2022

KOTA KINABALU: Muslimat PAS Sepanggar santuni masyarakat awam di sekitar Tanjung Lipat Likas, baru-baru ini.

Edaran risalah kemerekaan dan sesi temu bual bersama masyarakat awam telah diadakan bersempena Hari Kebangsaan.

Ketua Muslimat Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Sepanggar, Ummu Ahnaf Abu berkata, kemerdekaan sebenar ialah perjuangan membebaskan pemikiran umat daripada pengaruh ajaran dan budaya negatif penjajah yang merosakkan diri sendiri.

“Dengan edaran ini dapat menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dan meningkatkan rasa kecintaan kepada negara.

“Akan datang kami merancang untuk mengadakan edaran bendera Malaysia dan ‘goodies bag’,” ujarnya lagi.

Turut hadir Ketua Lajnah Dakwah DMPK Sepanggar, Ummu Azzam, Ketua Lajnah Penerangan dan Media Baharu DMPK Sepanggar, Fadilah Nordin dan Ketua Ameerah Sepanggar, Hasima Abu Nawas.