Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS raikan jururawat

40
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
15 Mei 2023

LAHAD DATU : Muslimat PAS Lahad Datu menghargai jasa jururawat dengan meraikan mereka sempena Hari Jururawat Sedunia pada 12 Mei lalu.

Menurut Timbalan Ketua Muslimat Lahad Datu, Maimunah Mahmud, mereka menyantuni dan meraikan para jururawat yang bertugas di Hospital Lahad Datu serta Hospital Kunak.

“Pemberian kek dan hamper ini sebagai tanda ingatan serta penghargaan di atas segala pengorbanan mereka membantu masyarakat,” ujarnya selepas menyampaikan penghargaan kepada jururawat di Hospital Kunak kelmarin.

Turut hadir, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS kawasan, Faizan Suardi.

Sementara itu, penghargaan berupa buah-buahan turut disampaikan di Hospital Lahad Datu, oleh Ketua Muslimat Cawangan Aman Jaya, Hidayah Mohamed pada Jumaat lepas.

Menurutnya pula, jururawat perlu diraikan kerana merekalah barisan hadapan yang sentiasa berkhidmat kepada masyarakat.

Penyelia Jururawat, Maslina Mahmud, 28, berasal dari Tawau dan telah berkhidmat selama 28 tahun terharu dan bersyukur dengan kehadiran muslimat PAS meraikan mereka.

Program tersebut anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Dewan Muslimat PAS Lahad Datu.