Oleh : Emi Zarina
14 Julai 2018 | Sabtu | Kepala Batas: Muslimat PAS Pulau Pinang menziarahi adik Azzahra Sofiea Mohd Faizal, 7 tahun, seorang pelajar KAFA Pajak Song, Kepala Batas yang mengidap barah otak dan sedang menjalani rawatan di Hospital Kepala Batas.
Ustazah Salamiah Mohd Nor, Naib ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia turut serta menziarah diiringi oleh Alifah Saharudin selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang.
Sedikit sumbangan wang turut dihulurkan kepada keluarga adik Azzahra Sofiea sebagai tanda ingatan dan bagi meringankan sedikit bebanan mereka.
Siri ziarah seperti ini menjadi rutin yang dilakukan sebagai tanda prihatin dari pihak Muslimat PAS Pulau Pinang kepada pihak yang memerlukan.
Sama-sama kita berdoa semoga dipermudahkan segala urusan adik Azzahra Sofiea serta segera diberi kesembuhan oleh Allah yang Maha Menyembuhkan. Aamiin.