Home Artikel PAS Pulau Pinang

Muslimat PAS PP sedia pimpin agenda wanita

256
SHARE

LANGKAWI:  Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Team Building dan Bengkel Pelan Strategik bertempat di Nahdhoh Langkawi Resort selama 3 hari 2 malam bermula 20 hingga 22 September lalu.

Program ini bertujuan merapatkan ukhuwah dan membina kepimpinan Muslimat AKIFI, selain menyusun sistematik dan strategi kerja, selain menambahkan thaqafah  berkaitan perjalanan organisasi.

Naib Ketua Muslimat PAS Pulau Pinang merangkap Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti, Siti Mastura Mohammad berkata, ia adalah wasilah merancang gerak kerja agar lebih tersusun dan realistik.

Jelasnya, Muslimat PAS sentiasa meletakkan masyarakat sebagai sasaran kepada mesej parti dan Muslimat sendiri mampu memberi input positif kepada kestabilan negeri Pulau Pinang khususnya.

Beliau juga mengharapkan agar pimpinan Muslimat PAS Pulau Pinang sentiasa bersiap siaga berkhidmat kepada masyarakat dan mampu menjadi teladan yang baik pada semua wanita di Malaysia.

Peserta teambuilding turut diraikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Nadhoh Langkawi Resort, Ustaz Mutalib Maarof yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat.

Beliau sempat memberikan taujihat berkaitan ekonomi dan perkongsian cara pengukuhan kewangan jemaah.

Ketua serta Timbalan Ketua Muslimat PAS Pulau Pinang, Ustazah Hasanah Idrus dan Maziah Khamis turut hadir bagi membentangkan pelan strategik di peringkat negeri.