Home Artikel PAS Pulau Pinang

Muslimat PAS Permatang Pauh Mempersiap Organisasi Bagi Menawan Hati Masyarakat

110 views
SHARE

Oleh : Aishah Nur

Ahad | 21 April 2019 | Baling: Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh (DMPKPP) menganjurkan Retreat DMPKPP bagi menilai prestasi pencapaian sesi yang lalu dan merancang hala tuju, pelan tindakan dan takwim untuk sesi yang baru.

Diketuai oleh Ustazah Norhapiza Saad, selaku Ketua Muslimat Kawasan, seramai 30 orang AJK DMPKPP dan AJK Lajnah telah berkumpul di Ahsana Homestay, Baling selama dua hari satu malam.

Suasana homestay yang tenang dan cantik, membantu peserta retreat untuk lebih fokus dan memberikan komitmen pada setiap slot yang dijalankan.

Di samping itu, retreat ini dilihat dapat mengeratkan lagi ikatan ukhwah sesama AJK sekaligus memantapkan lagi pengurusan dan kesepakatan dalam pasukan ke arah halatuju yang telah ditetapkan.

Satu slot bersama saf kepimpinan DMPK Baling turut diatur. Ustazah Habsah Abdullah, Ketua Muslimat Kawasan Baling di dalam taujihadnya menekankan betapa pentingnya kebergantungan kita kepada Allah. Program munajat yang berterusan dilihat menjadi nadi dalam gerakerja muslimat. Ini penting dalam memperoleh ketenangan, kekuatan dan kelancaran dalam kehidupan dan gerakerja muslimat PAS.

Beliau bersyukur dengan ramainya ulama-ulama dan banyaknya sekolah- sekolah agama, pondok, maahad tahfiz di Baling turut menyuburkan Islam di hati masyarakat.

Retreat ini menjadi permulaaan ke arah melahirkan kepimpinan muslimat yang berkualiti, berketrampilan dalam pengurusan organisasi sekaligus menawan hati masyarakat.