Home Artikel PAS Perlis

Muslimat PAS Perlis Kehilangan Srikandi Yang Gigih

540
SHARE

Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis merakamkan rasa sedih dan dukacita yang mendalam atas pemergian Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis, Nurul Subhiyah bt Abdul Wahab yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.08 pagi ini.

Beliau yang telah sekian lama menderita penyakit kanser payudara telah menghembuskan nafannya yang terakhir di kediaman kakaknya di Saujana Putra Kuala Lumpur.

Dikenali sebagai seorang penggerak parti yang amat gigih, Allahyarham telah banyak menyumbang jasa menerusi amanah yang dipikul dalam pelbagai peringkat dalam parti khususnya dalam DMPNPs.

Saya dan seluruh saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis serta ahli dan penyokong PAS negeri Perlis mengucapkan takziah kepada keluarga almarhumah.

Semoga Allah S.W.T mengampunkan semua dosanya dan memberi pahala yang setingginya kepada Allahyarham atas segala kerja jihad dan khidmat yang telah beliau berikan sepanjang hayatnya.

HAJJAH LATIFAH BT. MAT
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis
Khamis 29 Zulkaedah 1440 H bersamaan 1 Ogos 2019 M