Oleh: Natasya Samsure
1 September 2020
PAPAR: Muslimat PAS Papar telah mengadakan ziarah mahabbah bersempena Hari Kebangsaan ke-63.
Antara rumah yang diziarahi ialah rumah Salmah Saini, Ketua Syukbah Wanita Masjid Assobirin, Kampung Takis pada petang kelmarin.

Ziarah ini diketuai oleh Aisyah Abd Rahman, Ketua Muslimat PAS Papar bersama Azizah Salleh, Naib Ketua Muslimat PAS Papar dan AJK Muslimat PAS Papar.

Menurut Aisyah, ziarah mahbbah ini membuka peluang untuk berbincang tentang aktiviti-aktiviti dakwah bersama masyarakat kampung.

Tambahnya lagi, ziarah ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sekali gus menyampaikan dakwah kepada masyarakat awam.

Sementara itu, Salmah berkata, pihaknya juga sangat mengalu-alukan kerjasama Muslimat PAS Kawasan Papar untuk bersama-sama mengadakan program bagi membangunkan minda dan rohani wanita khususnya di Kg Takis.