Home Artikel PAS Pulau Pinang

Muslimat PAS P. Pinang anjur Ihya’ Ramadan

65 views
SHARE
KEPALA BATAS: Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Ihya’ Ramadan di Markas PAS Negeri, Pongsu Seribu, di sini semalam.
Program kerohanian ini bertujuan meningkatkan iman dan takwa setiap ahli bertepatan roh Ramadan yang menjadi matlamat akhir kepada setiap Muslim.
“Malah, ianya juga merupakan program dakwah kemasyarakatan apabila turut dibuka kehadiran kepada umum dalam kalangan wanita,” jelas Pengerusi Tarbiyah dan Pengkaderan Muslimat PAS Pulau Pinang, Ustazah Annisa Yusuf.
Antara pengisian himpunan adalah solat sunat, zikir munajat dan tadarus al-Quran, manakala tazkirah disampaikan Timbalan Ketua Ulamak PAS Pulau Pinang, Ustaz Syakirin Hussein.
Dalam pembentangan bertajuk “Tarbiyah Tunjang Kemenangan Islam” itu, beliau menegaskan wala’ kepada pimpinan selagi tidak melanggar syariat dan tidak terburu-buru membuat spekulasi isu.