Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS Kinabatangan Tampil Lebih Progresif

19
SHARE

Oleh: Fatiha Mohamad
01 Mei 2025

Kinabatangan: Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kinabatangan berlangsung meriah di SRITI Kinabatangan dengan tema “Muslimat Progresif, Menuju Kemenangan PRN17.”

Dalam ucapan Ketua Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan, Nurliyana Dahon menegaskan keperluan untuk memperkukuh peranan Muslimat sebagai kumpulan wanita Islam yang progresif, berilmu dan relevan dengan keperluan semasa masyarakat.

Beliau menyeru agar Muslimat terus aktif dalam dakwah, kebajikan dan pendidikan serta sentiasa mempertingkat kemahiran dan kefahaman agar mampu menyumbang secara lebih efektif di pelbagai lapangan.

“Menjadi Muslimat progresif bukan sekadar lantang bersuara, tetapi juga bijak bertindak, sedia berubah dan sentiasa mendahulukan kepentingan ummah,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar Muslimat bergerak dengan hikmah, memelihara adab dan akhlak Islam sambil terus membina kekuatan ilmu, organisasi dan jaringan masyarakat.

Mesyuarat turut melibatkan pembentangan laporan tahunan dan pemilihan kepimpinan baharu.