Home Berita PAS Sabah

Muslimat PAS Kinabatangan giatkan Munajat AKIFI

71
SHARE

Oleh: Nurfatiha Mohamad
18 JUN 2023

KINABATANGAN: Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan telah mengadakan program Munajat AKIFI bersama penduduk muslimah Kg Lot M & Kg Warisan.

Program ini telah berlangsung pada jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 10.30 pagi tadi di Masjid Al Ghaffar, Kota Kinabatangan.

Munajat AKIFI ini diadakan untuk mengeratkan ukhuwwah di kalangan penduduk muslimah serta memupuk rasa cinta ke Masjid.

Alunan zikir munajat telah dipimpin oleh Timbalan Ketua Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan, Nurmah Lapuddin.

Seterusnya Munajat kali ini diselitkan sekali dengan kuliah khas buat Wanita yang disampaikan oleh Tetamu Jemputan, Ustazah Izzah Roslan.

Turut hadir Ketua Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan, Liyana Dahon, Ikon Muslimat Muda, Shahirah Salasain bersama ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Kinabatangan.