Home Artikel PAS Perlis

Muslimat PAS Kangar Anjur BBQ dan Sembang Santai

86 views
SHARE

Oleh: Najah Izzati

KANGAR : Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar (DMPKK) telah menganjurkan Program BBQ dan Sembang Santai Bersama Ketua Muslimat PAS Perlis. Program yang bertarikh 15 Oktober 2017 ini telah berjaya menghimpunkan sejumlah kira-kira 80 orang petugas pilihanraya muslimat PAS Kawasan Kangar.

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perlis, Encik Wan Hassan b Ismail, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis, Tuan Haji Baharuddin b Ahmad, Ketua Muslimat PAS Negeri Perlis, Puan Hajjah Latifah bt Mat serta Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Kangar, Ustaz Salleh b Adam.

Menurut pengarah program, Puan Maria bt. Hassan, kehadiran yang sangat memberangsangkan ini merupakan suatu kejayaan kepada DMPKK.

Beliau menambah, selain faktor kuantiti petugas, faktor kualiti turut dititikberatkan oleh DMPKK bagi memastikan jentera muslimat mampu menggalas segala tugas yang diamanahkan oleh parti dengan baik.

“Kehadiran peserta pada program hari ini merupakan satu titik kejayaan kepada DMPKK. Apa yang kita perlukan adalah kualiti jentera kita. Kita tidak perlukan jentera yang ramai, kita hanya perlu jentera yang istiqamah dan komited dalam gerak kerja Islam ini,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak khasnya AJK DMPKK, Briged Muslimat Negeri Perlis serta muslimat-muslimat peringkat DUN yang telah membanting tulang dalam menjayakan program berkenaan.

DMPKK amat mengharapkan agar jentera muslimat PAS Kawasan Kangar dapat bersatu tenaga untuk melakukan gerak kerja pilihan raya yang bakal tiba tidak lama lagi.