Home Artikel PAS Sabah

Muslimat PAS Diseru Jadi Aspirasi Blok Pembangkang

88 views
SHARE

SEPANGGAR: Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah Kali Ke-29 telah sempurna dilangsungkan di Borneo Tree House, Tobonon, di sini kelmarin.

Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu menyeru agar seluruh anggota Muslimat PAS menjadi aspirasi sayap kiri blok pembangkang dalam konteks politik di Sabah.

“Aspirasi ini perlu diwujudkan melalui tautan ukhuwah dan kerjasama yang terjalin di antara Muslimat PAS, Wanita Umno dan NGO-NGO Islam seluruh Sabah

“Keharmonian dalam kerjasama ini pasti akan mewujudkan blok pembangkang yang kuat untuk menjadi semak dan imbang kepada pihak Kerajaan Negeri khususnya dalam aspek kebajikan wanita.

“Muslimat PAS Sabah mesti berusaha mencari dan menerajui sayap kiri muafakat politik pembangkang ini agar dilihat mampu membawa aspirasi wanita Sabah tanpa lari daripada syariat,” ujar dalam ucaptama disampaikan.

Muktamar yang dirasmikan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator  Ustazah Nuridah Mohd Salleh itu turut dihadiri oleh rombongan Wanita Umno Sabah. – HARAKAHDAILY 21/4/2019