8 Oktober 2019, Shah Alam
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan dan beberapa Pimpinan Tertinggi dan AJK DMPNS serta Jawatankuasa Wanita Penyatuan Ummah Selangor (PRUWANIS) bersama Pimpinan Tertinggi Wanita Pergerakan UMNO yang diketuai YB Dato’ Rosni Sohar
telah menghadiri Hi-tea jemputan Pimpinan Tertinggi KASIH Selangor di sini. KASIH merupakan Persatuan Isteri Ketua Bahagian-Bahagian UMNO Selangor yang diketuai oleh Datin Sohada Ramli.
Majlis ini bertujuan memperkukuh kerjasama Muafakat Nasional peringkat Wanita Selangor. Sesi pengenalan ketiga-ketiga entiti tersebut berlangsung dalam suasana penuh mahabbah. Pertemuan itu juga telah membincangan dan menyelaras beberapa program ke arah memperkukuh Muafakat Nasional.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderamata sebagai tanda kasih perkenalan daripada pihak KASIH Selangor.
Semoga dengan program mahabbah ini Muafakat Nasional peringkat Wanita Selangor dapat diperkukuh dan Islam Memimpin Perpaduan Ummah terlaksana seterusnya mencapai misi Islam Memimpin Wanita Sejahtera.