Oleh : Suziana Ghani
27 Ogos 2019
KALABAKAN : Dewan Muslimat PAS kawasan Kalabakan telah menziarahi 8 keluarga mangsa banjir yang bertempat di Kampung Pasir Putih Tawau, petang semalam.
Ziarah dilaksanakan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Kalabakan yang diketuai oleh Irma Khalid dan ahli jawatankuasa Ameerah Kalabakan.
Sumbangan susulan yang diberikan ini berupa wang tunai yang berjumlah RM900 untuk 8 keluarga tersebut. Bantuan yang di berikan adalah usaha untuk meringankan beban keluarga mangsa dalam menghadapi musibah yang berlaku.
Ketika ditemui, salah seorang mangsa banjir, Norlayla Abdul Rahim melahirkan rasa terharu dan bersyukur atas keprihatinan PAS Kalabakan yang telah memberikan sumbangan kepada keluarganya.
“Saya salah seorang penduduk kampung yang menerima bantuan awal makan tengahari dan sarapan yang di edarkan oleh PAS Kalabakan sejak hari pertama dan kedua banjir.”Ujar Norlayla lagi.
Turut hadir menziarahi mangsa banjir adalah Naib Yang DiPertua PAS Kalabakan, Usman Madeaming dan Ketua Ameerah Kalabakan, Norsutriana Babu.