Home Artikel PAS Sabah

Muslimat PAS Batu Sapi anjur Program Jom Solat

525
SHARE

Oleh : Asiah Muhammad
27 Januari 2020

BATU SAPI : Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Batu Sapi telah menganjurkan Program Jom Solat di Kampung Sundang, dekat sini semalam.

Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai solat yang sempurna seterusnya dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

Anjuran julung kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan wanita dan telah diisi dengan kuliah bertajuk Ciri Solat Sempurna yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Muslimat DMPK Batu Sapi, Nur Izzati binti Yusof.

Selain itu, fasilitator kumpulan bertindak memberi penerangan dengan lebih dekat mengenai solat serta soal jawab bersama dalam aktiviti latihan dalam kumpulan.

Program ini diakhiri dengan jamuan ringan dan menurut penganjur ia akan diadakan lagi dalam siri yang lain pada masa akan datang.