Home Artikel PAS Pulau Pinang

Muslimat Muda Pas Pulau Pinang Siap Siaga Hadapi Pilihanraya

493
SHARE

NIBONG TEBAL ,ISNIN, 12 JUN  2017: Di kala kaum wanita di luar sana  sibuk membuat persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba, Muslimat Muda PAS dari seluruh kawasan negeri Pulau Pinang  sedang bertungkus lumus membuat persediaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 yang akan datang.

Usaha tersebut jelas dilihat apabila  Ameerah Pulau Pinang telah menganjurkan satu sesi Taklimat Pilihanraya untuk  semua wakil jentera muslimat muda PAS dari seluruh  kawasan untuk mendengar penjelasan tentang peranan mereka dalam gerak kerja  pilihanraya.

Selain itu, pendedahan tentang isu-isu semasa setempat khususnya di Pulau Pinang turut dibincangkan agar mereka bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat luar khususnya pengundi-pengundi muda, dan sekaligus dapat menarik sokongan mereka kepada parti PAS.

 

Program ini telah berlangsung dengan.jayanya dan “full house”  di Dewan Nurrusyifa Bandar Tasek Mutiara, Nibong Tebal bermula pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang tadi.  Setiap wakil kawasan yang hadir menunjukkan kesediaan untuk mengerakkan jentera muslimat muda PAS di kawasan masing-masing dan sentiasa siap siaga untuk menghadapi pilihanraya yang akan tiba pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Mastura Mohamad selaku Ketua Ameerah Pulau Pinang menyatakan bahawa besar harapannya agar  penerangan yang jelas pada hari ini dapat membantu gerak kerja muslimat muda PAS Pulau Pinang dalam menghadapi pilihanraya. Beliau ingin melihat gerak kerja selepas ini menjadi lebih tersusun dan sistematik.

Timbalan Pengarah Ameerah Malaysia, Nadhirah Khalid turut hadir untuk berkongsi tip-tip gerak kerja pilihanraya yang selari dengan misi gerakerja Muslimat PAS pusat. Beliau mengharapkan gerak kerja muslimat muda PAS dari setiap negeri mestilah berstrategik dan tersusun. Beliau turut melihat muslimat muda PAS sebagai satu tenaga penggerak penting yang dapat membantu PAS mencapai kemenangan dalam pilihanraya pada kali ini jika gerak kerja dijalankan dengan teratur. Beliau turut mengharapkan muslimat muda lebih berinformasi di samping berketrampilan menarik untuk mengajak masyarakat terutamanya pengundi muda wanita dan “first time voters” di luar sana agar menyokong perjuangan PAS.

Turut hadir bersama Ketua Briged Muslimat Malaysia, Nuri Mohammad  dan Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya  Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang, Naemah Mohd Fadzil memberi sokongan kepada program yang amat baik ini.

 

{jathumbnail off}