DUNGUN – Muslimat berperanan membina keteguhan parti dan kekuatan kepimpinan serta organisasi untuk mengendalikan arus perjuangan menegakkan Islam di tanah air ini
Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia Ustazah Salamiah Mohd Nor berkata, mereka bertanggungjawab untuk memilih kepimpinan di peringkat kawasan yang akan mengharungi cabaran dan ujian supaya terus bertahan mempertahankan kemenangan.
“”Bina kekuatan parti dengan kualiti ahli. untuk berkualiti kena membina diri, bangun malam dan sentiasa puasa sunat.
“Sabar untuk istiqomah dalam perjuangan, intipati kesabaran bermula dengan iman, ilmu, amal dan yakin dengan takdir Allah (ikhlas), berdamai dengan takdir apa yang ditetapkan.” jelasnya.
Ahli Parlimen Temerloh itu berkata demikian ketika berucap di merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat PAS Kawasan Dungun kali ke-43 yang berlangsung di Dewan Al-Husna, Markas Tarbiah Darul Ansor di sini pada Sabtu, 10 Mei.
Mengingatkan kepada yang memenuhi Dewan terbuka itu, katanya, berada dalam jemaah bukan kebetulan, Allah Taala memilih kita untuk berada dalam perjuangan ini
“Terpilihnya kita, bukan bijak dan pandai, terpilihnya kita bukan kerana mahir dan. mempunyai skill, terpilihnya kita bukan kerana atas nama keturunan atau kemayshuran. maka kita kena bersyukur kepada Allah. para nabi dan Rasul.” ujarnya lagi.