Home Artikel PAS Perlis

Muslimat dan Srikandi Santuni Golongan Kurang Berkemampuan

274
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Nasib golongan yang kurang berkemampuan terus menjadi agenda utama PAS ketika negara sedang berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19.

Semalam, Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar (DMPKK) telah turun padang menyantuni golongan tersebut bersama-sama dengan Srikandi Bersatu Negeri Perlis, Briged Muslimat Negeri Perlis dan Ameerah Negeri Perlis.

Ketua DMPKK Norhasmayati Che Me dan Ketua Srikandi Bersatu Negeri Perlis Azura Adnan antara yang turut serta menjayakan program berkenaan.

Sebanyak tiga buah keluarga dalam DUN Bintong yang dikenalpasti telah diziarahi dan menerima sumbangan berupa bakul makanan.

Menurut Ketua DMPKK Norhasmayati Che Me, pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada Srikandi Bersatu Negeri Perlis atas sumbangan sebanyak 20 bakul makanan untuk diagihkan dalam Parlimen Kangar.

“Program ziarah secara bersama ini juga selaras dengan hasrat PAS ke arah mempertahankan Perikatan Nasional (PN) dan memperkukuh Muafakat Nasional (MN).

“DMPKK amat berharap agar kerjasama sebegini dapat diteruskan demi membela nasib rakyat yang semakin terbeban akibat pandemik COVID-19 yang kini memasuki gelombang ketiga di negara ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.