KUALA NERUS – Muslimat DUN Tepoh menerusi Lajnah Pertanian, Keterjaminan Makanan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (LPK MASPI), telah berjaya menuai padi darat.
Pengerusi LPK MASPI DUN Tepoh, Sa’udah Muda berkata yang projek yang julung-julung kali diusahakan di DUN Tepoh.
“Saya bersama Ahli-ahli Jawatankuasa lajnah menanam benih padi baka Vietnam (TCI) dan baka Malaysia (SIRAJ) di atas tanah yang berkeluasan 120 meter persegi, bersebelahan Pusat Asuhan Tunas Islam Al – Mustaqim (PASTI Al-Mustaqim) Wakaf Mesira Tok Ba.
“Allhamdullilah, setelah 3 bulan lebih, benih TCI cepat menampakkan hasil, satu pertiga daripadanya kita telah berjaya menghasilkan beras seberat lebih kurang 14 kilogram dan selebihnya kita akan jadikan benih utuk tanaman musim akan datang ” ujarnya ketika dihubungi hari ini.
Beliau turut memuji komitmen yang tinggi daripada semua ajk lajnah itu dengan berkorban masa dan tenaga.
“Setiap ajk bertugas untuk menjaga padi-padi itu pagi dan petang, mengikut jadual yang ditetapkan.
. tercetusnya idea tersebut setelah melihat menerusi aplikasi ‘TikTok KOMIT’ yang menceritakan tentang tanaman padi darat atau padi huma ini.
“Allhamdullilah kami dapat mengadakan lawatan ke Kampung Tebakang bertemu dengan Cikgu Hussin Ismail (Senator Hussin Ismail, Ahli Dewan Negara) yang merupakan penanam padi darat atau padi huma, kami telah mendapat info-info penting serta galakkan untuk mengusahakannya,” ceritanya lagi.
Tambahnya lagi, tanpa menerima sebarang bantuan kewangan daripada orang luar untuk menjayakan projek tersebut mereka mencari sendiri dana.
“Saya menawarkan pembelian minyak masak terpakai kepada komuniti DUN Tepoh dan kawasan sekitarnya.
“Kemudiannya dijual balik kepada seorang peniaga, jadi hasil tersebut lah kita gunakan untuk membeli barang-barang pertanian untuk projek kami,” katanya.
Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Hussin dan seluruh saf kepimpinan DUN Tepoh terutamanya Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Ketua Muslimat, Zainun Ali dan Ketua Muslimat Kuala Nerus, Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman di atas perhatian dan galakan yang diberikan.