Home Artikel PAS Sabah

Muslimat ‘AKIFI Ummah Sejahtera tema Mesyuarat Agung Tahunan DMPK Tawau kali ke-27

674
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar

26 Julai 2020

TAWAU ~ Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau (DMPKT) telah melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan di Dewan Sri Asnur , di sini pagi tadi.

Tema “Muslimat ‘AKIFI Ummah Sejahtera” diangkat sebagai tema MAT pada kali ke-27 ini.

Dengan kehadiran  perwakilan-perwakilan daripada tiga cawangan muslimat kawasan Tawau , iaitu Muslimat Cawangan Taman Ria , Muslimat Cawangan Jalan Apas dan Muslimat Cawangan Ranggu.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah MAT, Puan Nany Semin diikuti dengan oleh ucapan  Ucaptama daripada Ketua DMPK Tawau , Ustazah Mandin Ladale.

Perasmian MAT disempurnakan oleh Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau, Tuan Amboase Ramano.

Antara disentuh beliau dalam ucapan perasmiannyaa adalah peranan muslimat dalam jemaah Islam sangat besar dan penting.

Beliau memberi contoh sirah Saidatina Asma’ Abu Bakar yang telah mengambil peranan menghantar bekalan makanan setiap hari di Bukit Thur.

Turut  hadir dalam MAT kali ini adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau,Tuan Irwan Hamdan serta pemerhati jemputan daripada Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Hajah Warnidah Jefri.

MAT ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.