Home Berita PAS Pahang

Muslimat 3T kutip dana bantu projek baik pulih Pusat Tarbiyah PAS (PUTRA)

183
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA,14 Jan: Muslimat Kelas 3T iaitu Talaqqi, Tajuid, Tadabur telah berjaya mengumpul dana lebih dari RM1 ribu dalam program Majlis Khatam al-Quran 3T di sebuah hotel di Balok di sini kelmarin.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Beserah Andansura Rabu sangat menghargai dan berterima kasih di atas usaha muslimat, yang mana sebanyak RM150 ribu lagi masih diperlukan untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut.

“Kerja-kerja baik pulih masih terus berjalan untuk memuatkan lebih ramai lagi ahli PAS yang semakin bertambah setiap kali Mesyuarat Agung Tahunan dilaksanakan,” kata Andansura Rabu.

Sementara itu Pengarah Program Majlis Khatam al-Quran 3T Hasnah Arshad yang juga guru al-Quran Kelas 3T berkata majlis ini adalah kali ke-3 diadakan.

Beliau yang juga Ketua As-Sabiqat dari Sidang As-Sabiqun PAS Pahang adalah guru mengajar al-Quran di enam tempat iaitu di Masjid Balok Makmur, Surau Ar-Rahman Seberang Balok, Surau Balok Tengah Balok, Surau Al-Furqan Taman PSJ, Surau Taman Balok Jaya 2 dan Surau Batas Sungai Karang Pantai.

Majlis ini diadakan untuk mengumpulkan semua pelajar dari berlainan tempat agar dapat saling berkenalan, merapatkan ukhuwah dan menjalinkan hubungan demi mempertabatkan al-Quran.

Justru dengan penyatuan ini dapat membina kekuatan dalam melaksanakan kerja-kerja amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat sebagaimana yang dituntut dalam al-Quran, tambahnya lagi.

Turut hadir adalah pengasas dan penulis buku “Kuasai Tajuid 6 Jam” Ustaz Zubair Abdul Malik sebagai pentazkirah, manakala pembimbing khatam al-Quran oleh Ustazah Faeizah Mohd Amin dalam program tersebut.

Sesiapa yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya melalui akaun Bank Islam 06019010057792 di atas nama PAS Kawasan Indera Mahkota.