Home Berita PAS Perlis

Mursyidul Am Rasmi Sambutan Hari Guru PASTI Perlis

1161
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Lebih 120 orang guru PASTI telah menghadiri Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Perlis 2019 yang diadakan pada 17 Julai lalu.

Bertemakan ‘Guru Murabbi Penyatu Ummah, majlis yang diadakan di Dewan Haramain, Kompleks Pendidikan MATIN dekat sini, turut diserikan lagi dengan kehadiran Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hj. Hashim Jasin selaku perasmi program.

Hadir sama, Ketua Pemuda PAS Perlis Ustaz Muhammad Azmir Azizan serta seluruh kepemimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis.

Pelbagai acara menghiasi sambutan kali ini, antaranya nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu MGP, pertandingan gubahan, cabutan bertuah serta penyampaian sijil penghargaan kepada ALP PASTI Negeri sesi 2017-2019.

Dalam ucapan perasmiannya, Dato’ Tuan Guru Hj. Hashim Jasin mengingatkan para guru agar sentiasa menyedari peranan mereka dalam mencetak generasi Islam yang ampuh pegangan agamanya di samping terus istiqamah dengan perjuangan Islam sehingga ke akhir hayat.

Para guru juga ujarnya, tidak boleh leka dengan pencapaian yang dimiliki pada hari ini sebaliknya terus berusaha melengkapkan diri dengan ilmu serta kemahiran seiring dengan perkembangan PASTI.