Home Berita PAS Perlis

Mursyidul Am Rasmi Sambutan Hari Guru PASTI Arau

1027
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Sambutan Hari Guru 2018 PASTI Kawasan Arau telah diadakan pada 13 Mei 2018, bertempat di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS), Kangar, Perlis.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh ceria itu dihadiri seramai 57 orang guru PASTI daripada seluruh Kawasan Arau.

Pelbagai acara telah diadakan, antaranya sesi cabutan bertuah, nyanyian lagu tema MGP, majlis penyampaian anugerah serta jamuan kesyukuran

Majlis Perasmian sambutan pada kali ini telah disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin.

Antara tetamu yang hadir, Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga ADUN Sanglang, YB. Mohd. Shukri bin Ramli, Ketua Pemuda PAS Kawasan Arau, Yusairi Mansor serta Pengarah PASTI Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah menjelaskan bahawa kewujudan PASTI membuktikan komitmen PAS terhadap soal pendidikan (tarbiyyah), khususnya di peringkat usia kanak-kanak.

Turut disentuh, peranan tarbiyyah dalam membangunkan kekuatan dalaman dalam kalangan para pendokong perjuangan Islam.

Sempena sambutan kali ini, Puan Teh Embun bt. Kamis telah dipilih menerima Anugerah Tokoh Guru PASTI Kawasan Arau 2018 manakala Puan Mashitoh Baharom pula terpilih menerima Anugerah Guru Paling Lama Berkhidmat.