Home Artikel PAS Perlis

Mursyidul Am Rasmi Majlis Pecah Tanah SRITI

356
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Majlis pecah tanah pembinaan bangunan baharu Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Furqan yang berlangsung semalam disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS Dato’ Tuan Guru Hj. Hashim Jasin.

Hadir sama dalam majlis berkenaan, Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis Mohd. Shukri Ramli, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perlis Maznah Musa serta Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis Ustaz Muhammad Azmir Azizan.

Serentak dengan majlis berkenaan juga, beliau turut melancarkan Wakaf Pembinaan Bangunan Baharu SRIAF yang bernilai RM10 per kaki persegi.

Program dana wakaf berkenaan diadakan bagi membolehkan pihak sekolah memiliki sebidang tanah dengan keluasan kira-kira 54,304 kaki persegi yang akan digunakan untuk tujuan pembinaan bangunan tambahan.

Muhammad Azmir yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Negeri Perlis ketika ditemui di sini berkata, orang ramai dialu-alukan menyertai program wakaf berkenaan.

“Sumbangan wakaf boleh disalurkan menerusi akaun bank bernombor 09010010040107 (BIMB) atau 55901230 3011 (Maybank) atas nama Sekolah Rendah Islam Al Furqan.

“Setiap sumbangan yang dibuat perlulah dimaklumkan kepada pihak sekolah di talian 019-454 6670 (Hj. Azmal Zaid Ahmad Azmi) untuk rekod dan bagi tujuan pengeluaran sijil wakaf tanah,” katanya.