Home Berita PAS Sabah

Murid PASTI Keningau meriahkan minggu perpustakaan Sabah

139
SHARE

 

Oleh: BIBI ROZIANA R

Julai 2023

KENINGAU: Minggu Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau yang bermula 24 jun hingga 7 julai 2023 lalu dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan dihadiri dan mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat sekitar daerah Keningau.

Kemuncak penutupannya  pada 8 dan 9 julai dimana pelbagai aktiviti dipertandingkan, antaranya pertandingan membaca dan mewarna yang disertai murid-murid PASTI dan murid-murid tadika swasta daerah Keningau yang berumur 5 dan 6 tahun.

Seramai 30 peserta telah menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak penganjur dan 20 antaranya adalah murid-murid dari 5 buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI ) yang telah menghantar wakil bagi menyokong program dan pertandingan tersebut.

Dalam pertandingan membaca khusus untuk kategori umur 6 tahun, murid-murid PASTI telah menguasai tempat pertama, kedua dan ketiga. Tempat pertama dimenangi oleh Muhammad Zuhri Mohd Faizal (PASTI Al-Falah II) manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Nur Jannah Zahraa Sumappa (PASTI Ar-Rahim) dan Ikhwan Waiz Jasli (PASTI As-Shariff).

Sementara untuk kategori mewarna khusus kategori 5 tahun,adik Nurul Hayfa Haninah Matsud (PASTI As-Shariff) mendapat tempat ketiga manakala tempat kedua dan pertama dimenangi murid dari tadika swasta lainnya.

Selain aktiviti dan pertandingan untuk kanak-kanak, aktiviti lain turut disediakan khusus untuk golongan dewasa seperti kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma, jualan gerai dan penyerahan kad keahlian perpustakaan cawangan Keningau untuk semua murid dan guru PASTI di seluruh daerah Keningau.

Semoga dengan adanya program seperti ini lagi dapat menyemarakkan dan menimbulkan semula minat dan sikap suka membaca dalam diri kanak-kanak seawal usia pertumbuhan yang dilihat semakin terhakis dan mula menghilang  dalam diri masyarakat khususnya pada masa kini.